Wednesday 14 August 2013

Apa..?? Nazri Aziz Lantik Namewee Sebagai Pegawai Khas??


Agak heboh dilaman-laman sosial bila terdedahnya satu maklumat yang menunjukkan Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan telah melantik anak lelakinya sendiri sebagai seorang Pegawai Khas di kementerian berkenaan.

Ramai pelayar-pelayar siber mempersoalkan samaada anak Menteri berkenaan benar-benar layak menjawat jawatan berkenaan ataupun ianya sekadar lantikan secara "suka-suka".

Jika diteliti jawapan yang diperolehi dari Nazri Aziz diatas isu terbabit, ia menunjukkan seolah-olah Menteri berkenaan tidak kisah langsung tentang pandangan serong masyarakat berkenaan perlantikan tersebut.

Malah Nazri dilihat seakan-akan mahu mempersendakan masyarakat apabila secara sinis berkata beliau juga mampu melantik anaknya itu sebagai "ofis boy" yang menaiki kereta Ferrari di pejabatnya.

“My son does not even get paid by the government... In fact, I could even rename him my office boy, no problem.... an office boy who drives a Ferrarri,” the minister said, jokingly. - MalayMail

Isu ini dilihat mampu menambah burukkan imej kerajaan di mata rakyat kerana pihak pembangkang selama ini cuba untuk mengaitkan kerajaan BN dengan masalah nepotisme didalam pentadbiran.


Jika beginilah mudahnya seorang Menteri melantik sesiapa sahaja untuk menjawat jawatan penting didalam pentadbiran beliau, tak mustahil jika Namewee juga mampu menjadi Pegawai Khas di Kementerian Perlancongan.

Dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu juga terjadi perkara yang serupa apabila menantu beliau iaitu Khairy Jamaluddin dilantik memegang kuasa.

Akibatnya, "pengaruh" Khairy dan rakan-rakannya di "Tingkat 4" telah menyebabkan Tun Abdullah didesak untuk meninggalkan kerusi Perdana Menteri setelah sepenggal memerintah.

TQ Mpponeline

No comments:

Post a Comment